Kisah Pelanggan - Langsung Tak Tahu Apa

April 18, 2017

Salah satu cabaran yang paling rumit yang saya hadapi sejak mulakan servis print gambar polaroid ini adalah mendapat whatsapp pelanggan yang tidak tahu langsung sampaikan saya sendiri tidak pasti ape benda yang mereka tahu dalam dunia ini.

Bila dapat pelanggan macam ni saya terpaksa luangkan lebih banyak masa dengan mereka dengan jelaskan setiap satu perkara yang mereka langsung tak tahu. Kesannya akan membuatkan pelanggan lain akan jadi terabai dan melambatkan proses mengambil order untuk orang lain.

Kalau anda masih tertanya-tanya bagaimana sebenarnya situasi berdepan dengan pelanggan yang langsung tak tahu apa, disini saya akan kongsikan contoh perbualan whatsapp yang saya selalu terima :

Pelanggan : Salam. Ni buat gambar polaroid ke ?

Saya : Salam. Yer betul. Awak nak order pakej mana ye dan berapa gambar ?

Pelanggan : Ooo ada pakej macam mana tu ye ?

Saya : Kami ada pakej A , B, C dan D. Tiap pakej tu berlainan saiz dan berlainan harga. Awak boleh tengok instagram kami iaitu Detik Instax untuk contoh-contoh gambar mengikut pakej.

Pelanggan : Ok sekejap ye saya tengok dulu.

Saya : Oke awak.


10 - 15 minit kemudian ( saya tak tahu berapa lama... tak ingat )


Pelanggan : Sis saya dah tengok kat insta. Pakej A tu ukuran dia macam mana ye ?


Ya Allah !!! setiap post di instagram saya sudah letakkan semua ukuran saiz..


Saya : Kat gambar instagram tu saya sudah beritahu semua saiz ukuran. Untuk pakej A ukuran dia adalah 6.5cm X 4.5cm

Pelanggan : Oo besar mana ye agak2 saiz tu ?

Saya : Alamak susah saya nak beritahu. Kalau nak tahu besar mana awak boleh guna pembaris dan ukur untuk awak nampak dengan lebih jelas lagi.

Pelanggan : Baik sis. Kalau pakej B pulak macam mana saiz die ?


Astaghfirullah Hal Adzim !! Ya Allah, sungguh berat dugaan yang kau beri padaku kali ini.


Saya : Awak, semua ukuran pakej A, B , C dan D sudah saya tulis kat gambar instagram tu. Tolong baca elok-elok ye. Saiz Pakej B adalah 6.5cm X 9.0cm.

Pelanggan : baik sis. Kalau macam tu saya nak ambil pakej A 8 gambar.

Saya : Pakej A 8 gambar RM 5 dan pos RM 4. Jumlah RM 9.

Pelanggan : Pos RM 4 ? kenapa mahal sangat nak sama harga gambar ?

Saya : RM 4 tu dah kira murah sebenarnya sebab guna pos ekspress. Kalau guna pos laju RM 8.

Pelanggan : Pos ekspress tu macam mana ? pos laju pulak macam mana ?


Masa ni saya dah putus asa. Rasanya baik saya gantung bunuh diri saya sendiri.


Saya : Pos ekspress ni sesuai untuk pos dokumen, termasuk gambar sebab ianya guna sampul surat. Kalau nak pos barang besar, tak muat nak letak dalam sampul jadi kena guna pos laju sebab dia masukkan dalam bungkusan.

Pelanggan : Oo macam tu. oke la guna pos ekspress.

Saya : Oke ni no akaun cimb dan maybank. Lepas awak bayar nanti bagi gambar resit ye ?

Pelanggan : Sis ada BSN x ? saya tak tahu macam mana nak bayar kat bank lain.

Saya : Saya takde BSN. Awak boleh cuba tanya kawan awak atau siapa2 yang tahu bayar melalui cimb dan maybank. Tak susah pun, hampir sama macam bsn jugak.

Pelanggan : Nanti dah bayar saya beritahu ye sis. tq

Saya : Oke awak. sama2 :)

Dan itu salah satu kisah pelanggan yang saya terpaksa hadapi. Situasi ni bukan hanya berlaku satu kali tetapi sudah banyak kali. Paling kurang sebulan sekali mesti akan dapat pelanggan macam ni.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Hehehe.. macam2 ragam client... sabar jela... moga terus sukses ;)

    BalasPadam
  2. orang yang sabar je boleh layan kerenah customer mcm ni

    BalasPadam