Cara Untuk Simpan Hasil Keuntungan Bisnes

Mei 24, 2017

Cara Untuk Simpan Hasil Keuntungan Bisnes. Jadi anda ada bisnes tidak kira sama ada online ataupun offfline. Bila tiba hujung bulan lepas tolak modal dan beberapa tambah tolak yang lain, anda dapat tahu jumlah keuntungan pada bulan tersebut.

Mungkin untung perniagaan anda pada bulan ni sampai Seribu Ringgit, mungkin juga berpuluh ribu ringgit. Yang penting adalah rasa seronok bila perniagaan yang kita jalankan ada keuntungan kan ?

Persoalannya adalah apa yang dilakukan dengan keuntungan perniagaan anda pada setiap bulan ?

Ada orang untung dua ribu ringgit sebulan mahu belanjakan kesemua wang tersebut.

Ada orang langsung tidak gunakan wang keuntungan perniagaan mereka dan simpan kesemuanya ke dalam akaun syarikat atau akaun pelaburan peribadi.

Dan yang terakhir adalah ada orang yang mahu belanjakan sebahagian keuntungan yang dia dapat dan selebihnya untuk disimpan.


Saya merupakan golongan yang akhir, nak berbelanja dan menyimpan hasil keuntungan perniagaan pada masa yang sama. Saya rasa sangat perlu untuk berbelanja sebahagian kerana mahu memberi ganjaran kepada diri sendiri yang bersusah payah siapkan order print gambar polaroid sampai pukul 2 pagi dan saya juga sedar akan kepentingan menyimpan hasil keuntungan supaya dapat kembangkan lagi bisnes ini.

Terus kepada isi penting, cara saya bahagikan keuntungan perniagaan pada awalnya adalah 70% 30%. Maksudnya 70% digunakan untuk berbelanja dan enjoy kat diri sendiri serta selebihnya 30% lagi disimpan.

Namun pada tahun 2017, saya telah tukar sedikit peratusan tersebut. Sejak Januari 2017 saya tukar 60% keuntungan digunakan untuk berbelanja dan lagi 40% disimpan. Saya membuat pertukaran ini atas sebab peribadi serta saya mahu menyimpan lebih sedikit sebagai modal untuk memulakan bisnes yang baru.

Saya kira dan asingkan keuntungan pada setiap hujung minggu. Bagi sesetengah peniaga mungkin ni agak melampau kerana terpaksa buat pengiraan sebanyak empat kali dalam sebulan tetapi saya lebih selesa dengan cara ini kerana kalau buat hanya pada hujung bulan, saya akan terlepas pandang keuntungan dan menyebabkan saya tersalah kira akibat terlalu banyak pengiraan.

Jadi bila anda dah buat keputusan untuk menyimpan sedikit keuntungan perniagaan, persoalan seterusnya adalah dimana mahu simpan ?

Saya percaya ramai peniaga akan simpan keuntungan mereka di akaun pelaburan seperti ASB atau Tabung Haji kerana ia dapat memberi pulangan kepada anda.

Namun ada juga peniaga yang simpan didalam akaun syarikat kerana senang dipantau dan tidak perlu banyak aliran keluar masuk.

Di mana pun anda simpan keuntungan tersebut, pastikan ianya betul-betul disimpan secara konsisten. 

Disiplin sangat penting dalam membantu menyimpan keuntungan anda. Tetapkan pendirian dan target yang jelas mengenai kadar simpanan keuntungan bisnes anda. 

Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat peniaga di luar sana dalam usaha menyimpan hasil keuntungan anda.

You Might Also Like

0 ulasan